Saturday, July 16, 2016

Jangan pernah hakimi aku

Teks: Rozanah Zakaria

Jika kau jauh di sana
Kau jangan hanya pandai menuding jari
Memerintah aku itu dan ini
Menilik kesalahan aku itu dan ini
Menilai apa yang kau nampak aku tidak lakukan

Kau masih di sana
Apa hak untuk engkau menilai aku?
Apa hak engkau?
Hanya kerna sehari kau lihat kepincangan aku
Kau canang akulah yang khilaf itu
Kau canang akulah yang tidak pernah usai melakukan itu dan ini

Tatkala mereka perlu bantuan di malam gelita
Ada kau di sini?
Tatkala aku setiap hari membahagi antara karier dan rumah ini,
Ada kau di sini?

Ya! Kau tiada di sini.
Jadi,
Sehingga suatu masa itu kau boeh menjadi aku
Sehingga kau boleh tinggal dan alaminya di sini
Jangan kau pernah menghakimi setiap apa yang kau nampak di mata kasar

Aku juga punya perasaan
Keluarga yang kutinggalkan
Pengorbanan dan kebebasan diri yang aku tinggalkan
Pernah kau lihat itu?
Pernah kau fikir sebelum mengatakan itu?
Pernah?

Jika kau tidak mampu berada di dalam situasi aku, jangan kau pernah lantang menghakimi aku.

Aku tidak sempurna, begitu juga kau.

Sekian.

No comments:

Post a Comment