Sunday, May 15, 2016

Section D, Novel: Sing to the Dawn: Introduction

Teks: Rozanah Zakaria

Salam. Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlangsung di kebanyakan sekolah menengah kini.

Jadi, berkaitan itu, saya ingin ulang semula, secara lebih terperinci, bagaimana menulis pengenalan (introduction) bagi Section D (Novel), Kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.

Masih ramai yang agak kabur bagaimana memulakan perenggan yang paling penting ini? Jom lihat di bawah!

Untuk soalan ini:
"Sibling relationship should be valued and not taken for granted." With close reference to the text, describe how the siblings in the novel portray this statement.

[Source: Understanding New Lit: Selected Poems and Novel: Sing to the Dawn SPM by Christine Tan (page 119)]


Mulakan dengan:

         (1) The novel that I have studied is Sing to the Dawn by Minfong Ho. (2)Sibling relationship should be valued and not taken for granted. These relationships  are portrayed throughout the text. (3)Dawan and her brother Kwai and Bao and her brother Vichai portray different angles of sibling relationships in the novel.

Okey, itu sahaja yang perlu anda tulis dalam perenggan pertama. Bak kata orang putih, simple and sweet. Tidak perlu pengenalan yang panjang berjela tetapi tidak menjawab soalan yang ditanya. Jangan tulis nombor pula ye, itu adalah untuk panduan anda bagi tujuan penerangan yang akan saya sampaikan di bawah.

(1) Ayat ini adalah 'standard'. Tidak perlu ubah. Kecuali jika anda belajar novel yang berbeza. Itu sahaja. namun bagi para pelajar yang membaca novel ini di sekolah, ini adalah jawapan 'standard' anda.

(2) Ayat ini diambil 'sebijik' daripada soalan. Kenapa perlu salin soalan? Okey, menulis semula soalan dalam bentuk pernyataan menunjukkan anda mula memahami apa yang dikehendaki soalan. Kenapa penting? Kerana anda perlu buat pemeriksa faham bahawa anda faham soalan itu. itu adalah elemen penting bagi pelajar yang ingin skor 15/15 (markah penuh) bagi bahagian ini.

(3) Ayat ini menghuraikan bahagian kedua soalan apabila ditanya 'bagaimana hubungan adik-beradik ditunjukkan dalam novel ini?'. Menjawab bahagian kedua soalan juga menunjukkan bahawa anda faham kehendak soalan. Masukkan juga watak-watak yang terlibat, dalam ayat ini.

Itu sahaja untuk kali ini. Huraian bagi perenggan-perenggan lain telah juga saya ceritakan dalam entri terdahulu. Anda boleh juga rujuk di sini.

Ingin bertanya lebih lanjut, boleh email saya di rozanahz@yahoo.com

Selamat maju jaya!

Sekian.


No comments:

Post a Comment