Wednesday, May 11, 2016

Peperiksaan dan pertandingan.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Dalam hidup ini, berapa kali kita hadapi peperiksaan? Banyaknya tidak terkira rasanya, kan? Bagaimana kita hadapi peperiksaan tersebut? Bagaimana pula perasaan kita tiap kali menghadapi hari peperiksaan?

Ada orang kata, 'relax la, exam je, bukan nak mati pun!', ada pula orang yang tiap-tiap kali nak exam, demam seminggu! Setiap orang pasti menghadapi pengalaman yang berbeza kerana tiada satu manusia di muka bumi ini yang sama, walau mereka itu kembar seiras!

Bagaimana pula dengan pertandingan? Kalau saya dulu, ayah siap pesan, 'naik atas pentas tu, tengok ke arah penonton, anggap penonton tu semua macam tiang batu,'. Haha. Bunyi macam kelakar, kan? Tapi disebabkan saya banyak menyertai pertandingan, saya memang amalkan petua ayah! Memang berkesan!

'Akibatmya'? Sampai sekarang saya 'pantang' disuruh untuk berada di pentas, pasti saya 'tergedik-gedik', selalunya siap volunteer lagi! Haha.

Selain itu, apa perlu buat untuk hilangkan gementar di pentas? Selain petua-petua yang pelbagai, kunci kejayaan untuk berada tenang dalam pertandingan serta berada di atas pentas, adalah bersedia, bersedia, bersedia! Itu sahaja.

Persediaan rapi akan membantu kita untuk mengurangkan rasa gemuruh atau gementar.

Apa relevannya topik saya? Hidup kita ini ibarat peperiksaan dan pertandingan. Bezanya dalam hidup kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi.

Namun, suatu yang pasti, untuk kita berupaya menghadapi cabaran yang tidak terduga, hubungan dengan Tuan yang memberi dugaan kepada kita perlu terlebih dahulu selesai. Hubungan dengan yang Maha Pencipta. Jaga hubungan itu, maka setiap ujian dan dugaan, in sha Allah bakal kita hadapi dengan ketenangan dan keyakinan, tanpa gentar sedikit pun, kerana kita tahu, Dia sentiasa ada untuk kita.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment