Tuesday, April 14, 2015

Pertandingan Choral Speaking Sekolah Menengah

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam. Hari ini saya kepenatan sungguh. Ya, penat teramat sangat rasanya. Pagi menjadi hakim pertandingan choral speaking di satu sekolah di Bagan. Petang pula, mesyuarat yang 'tiba-tiba' saya kena hadir. Fuh! Memang terjelepuk dibuatnya. Hehe.

Hari ini saya sedar, kuasa minda adalah maha penting dalam mencorak hidup kita. Kenapa ya? Contoh saya ambil kes saya hari ini. Sejak malam sebelumnya, saya sudah tanam dalam minda, hari ini saya akan balik awal kerana saya tidak perlu melapor diri di sekolah.

Kebiasaannya, pertandingan sebegini bagi sekolah menengah, waktu tamat lebih kurang jam 1. Jadi, saya boleh terus balik ke rumah. Walau hanya awal sejam, amat bermakna bagi saya. Waktu itu adalah yang terbaik untuk tidur tengahari yang produktif, selama 10-20 minit. Istilah orang putihnya adalah 'nap'.

Berbalik cerita choral speaking yang sangat menarik. 9 sekolah bertanding bagi kelompok M5. Sangat memgujakan. Hampir kesemua persembahan sangat bertenaga. Agak mencabar juga bagi para hakim meneliti setiap persembahan. Saya berusaha sebaiknya untuk adil. Yelah, nama pun hakim, bukan?😊.

Jadi, apa yang saya buat, bagi setiap persembahan, saya akan catatkan nota bagi membezakan antara 1 persembahan dengan yang lain. Nota-nota ini sangat membantu dalam penghakiman di mana kebanyakan pasukan mempamerkan persembahan yang agak konsisten.

Alhamdulillah, saya berjaya mengendali pemarkahan dengan saksama (kerana markah yang saya beri adalah hampir dengan ketua hakim). Semuanya berjalan lancar. Setelah dipanggil ke pentas untuk menerima sijil penghargaan, saya menuju destinasi seterusnya, Zulaikha Homestay untuk rehat seketika sebelum bermesyuarat tepat jam 2.30 petang di PERDA (Perbadanan Pembangunan Wilayah Pulau Pinang) di Kampung Gajah, Bagan.

Mahu tahu lebih lanjut tentang peraturan atau kertas konsep Choral Speaking? Jom lihat entri saya setrusnya. Sehingga itu, jumpa lagi!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment