Sunday, November 30, 2014

Mengembara di Bumi Tuhan

Teks: Rozanah Zakaria

Foto: Rozanah Zakaria

Salam pembaca budiman.

Ayuh gunakan masa cuti sekolah yang panjang ini, membawa anak-anak berkelana. Bukan sahaja menimba pengalaman baru, paling utama adalah ikatan kekeluargaan yang akan bertambah erat.

Perlu merancang untuk percutian? Sudah semestinya! Tetapi jangan keterlaluan merancang sehinggakan kembara yang sepatutnya santai menjadi terlalu 'rigid'. Maka akan hilang keseronokan dan keterujaan meneroka tempat baru yang sepatutnya disusuri secara santai dan penuh dengan warna-warni.

Jom bercuti! Rancang sebaiknya terutama 'itinerary' bagi yang mempunyai anak kecil seperti saya. Pastikan lampin pakai buang, bekalan susu, makanan seperti roti, baju persalinan, tuala, 'soft toy' kegemaran/buku dan plastik (bagi baju yang telah dipakai) diletakkan dalam 'back pack' bagi memudahkan pengurusan si kecil.

Paling penting, kembara mengajar kita erti kesabaran dan mengadaptasi diri dengan budaya masyarakat setempat. Jadi bertenang dan bersedialah mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda! Peluang mungkin hanya sekali, jadi 'just do it!'

Sampai bertemu lagi di lain catatan. Jom bercuti!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment