Wednesday, October 29, 2014

Pilih Homestay Berdekatan Tempat Dilawati





Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria, Koleksi Foto Zulaikha Homestay

 Salam semua.

Catatan saya hari ini berkisar homestay. Anda masih ingat catatan saya berkenaan lawatan ke Kelantan baru-baru ini? Di sini ingin saya bercerita bagaimana teknik bijak pengiklanan pemilik homestay White Cottage yang kami inap di Kota Bharu.

Ketika sampai di hadapan cafe Blaack Pepper di pekan Kota Bharu. Suami memberhentikan kereta di bahu jalan. Seketika kemudian dengar dia bercakap dengan pemilik homestay yang akan kami singgah untuk satu malam. 'Kak Maizatul akan mai sini jemput kita. Jadi kita tunggu sat la no', kata suami pada kami semua. Masing-masing mengangguk sambil mata meliar melihat pemandangan kawasan sekeliling. Kami kini berada di tepi cafe berkonsep hitam putih. Abang ipar saya asyik memuji konsep yang tampak klasik katanya. Dalam diam saya bersetuju. Nampak simple tapi elegant!

Tidak lama kemudian, sebuah Wira Aeroback merah, plat nombor Kelantan, berhenti di hadapan Innova kami. Suami mendapat panggilan telefon. Kak Maizatul sudah sampai untuk membawa kami ke White Cottage beliau. Nama yang sangat unik dan menarik pada saya.

Satu lagi, servis yang pantas dan mesra. Itu yang paling saya suka! :).

Sampai di jalan bertentangan SMK Kota, kami membelok ke kiri mengikuti kereta Wira ke dalam kawasan yang nampak seperti perkampungan. Saya mula terbayang suasana damai semalaman di sini nanti. Dalam hati saya tersenyum.

Lebih kurang 5 minit melalui jalan agak sempit yang hanya muat satu kereta, kami tiba di hadapan sebuah rumah dengan binaan yang amat cantik pada pandangan mata saya. Tanpa menunggu lama, sambil suami bersembang dengan tuan empunya homestay, saya terus meletakkan beg di bilik berhadapan ruang tamu. Bilik comel yang tidak terlalu besar tetapi selesa serta lengkap dengan semua kemudahan. Terdapat cermin besar di dinding, rak penyangkut tuala serta tuala dan sejadah.

Saya menjenguk ke bilik air. Terdapat sabun mandi cecair disediakan. Saya tersenyum mengingatkan kemudahan saya yang saya sediakan di homestay saya, Zulaikha Homestay di Sungai Dua.

Sebenarnya idea meletakkan sabun mandi di homestay saya dapat semasa bercuti di Kelantan beberapa tahun lepas dimana ketika itu saya masih belum mempunyai homestay seperti sekarang.

Jadi bagaimana suami mendapat tahu mengenai homestay ini? Tentunya melalui carian di laman sesawang mudah.my. Sungguh mudah! Tuan empunya homestay juga bijak dengan memberitahu bahawa homestay beliau berdekatan dengan Wakaf Che Yeh (salah satu tempat wajib-kunjung jika anda ke Kelantan!) serta pekan Kota Bharu di mana terletaknya Pasar Besar Siti Khadijah yang terkenal seantero Malaya itu!

Nampak seperti remeh untuk mengiklankan bahawa homestay anda terletak berdekatan tempat-tempat menarik nukan? tetapi memudahkan kerana tempat penginapan yang berdekatan  tempat-tempat menarik bakal menjimatkan masa percutian anda, bukan? Jadi, anda berpeluang ke lebih banyak tempat untuk dilawati dalam masa yang singkat.

Sehingga ini, ikuti sambungan di catatan saya seterusnya! Tunggu!

Wassalam.





1 comment:

  1. Salam Rozanah...

    +artie baru mengorak langkah mengusaha homestay di KB. Itu pun atas desakan sahabat2 niaga kami yang pada mulanya rumah homestay tersebut disediakan kepada mereka jika mereka berkunjung ke bandar KB atas urusan perniagaan di butik kami di Jln Merbau. Alhamdulillah tempahan homestay agak memberangsngkan sehingga kami sudah pun membuka kepada umum homestay tersebut melalui website homestay.artienatasha.com

    Akibat kekurangan bilik hotel menyediakan bilik famili di KB menyebabkan tetamu/pelancong bekeluarga lebih gemar pilih homestay. Bajet juga harus diambil kira. Oleh itu, nampaknya sektor pelancongan di negeri Kelantan diharapkan akan terus berkembang pesat & penguasha homestay akan terus memberikan perkhidmatan tambah nilai yang terbaik utnuk tetamu mereka.

    Thanks share pengalaman bercuti di Kelantan. Sesungguhnya kami akan terus merancakkan industri pelancongan negeri insya-Allah bersama-sama sahabat2 niaga yang lain

    ReplyDelete